• 14 minutes ago
Menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, kecurian kabel merupakan masalah besar yang memerlukan tindakan penguatkuasaan lebih tegas, termasuk terhadap pihak yang membeli kabel curi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kecurian kabel dikenalpasti antara punca menyebabkan 450 lampu jalan tidak berfungsi daripada keseluruhan 1,518 lampu di laluan persekutuan FT29
00:11dan FT30 yang menghubungkan akses keluar masuk ke Putrajaya.
00:16Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerosakan lampu berkenaan turut dipengaruhi faktor jangka hayat serta insiden kemalangan
00:23kenderaan yang melanggar tiang lampu.
00:28Menurut Ahmad, kecurian kabel merupakan masalah besar yang memerlukan tindakan penguatkuasaan lebih tegas termasuk terhadap pihak yang membeli kabel curi.
00:37Dan yang ketiga betul curi kabel. Ia masalah besar. 450 daripada 720 apabila tidak berfungsi itu kebanyakannya kerana kecurian kabel.
00:47Daripada 1,518, 450 tak berfungsi itu kena curi kabel. Jadi curi kabel ini penguatkuasaan. Penguatkuasaan bukan bawah kami lah.
00:58Penguatkuasaan polis, KPKT. Kedai besi buruk, Tanseri. Mereka membeli. Kalau mereka tak beli, tak adalah orang nak jual dan curi
01:07kabel.
01:07Jadi dua-dua perkara ini, pencuri kabel dan pembeli kabel yang dicuri itu perlu diambil tindakan dan penguatkuasaan perlu diadakan.
01:16Ahmad berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Raziji dan PN Putrajaya berhubung statistik kes kerosakan lapu jalan akibat kecurian
01:25kabel khususnya di laluan FT29 dan FT30.
01:29Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad maklumkan Kementerian Kerja Raya telah menyalurkan peruntukkan RM840,000 pada 2025 bagi kerja penyelenggaraan lampu jalan
01:41di laluan berkenaan, membabitkan tujuh skop kerja yang telah disiapkan.
01:45Bagaimanapun permohonan peruntukkan RM780,000 bagi membaik pulih kerosakan lampu jalan di FT29 dan FT30, sesulan insiden kecurian kabel yang
01:56dikemukakan pada Mas 1026 telah disusun semula untuk fasa pelaksanaan seterusnya berdasarkan keutamaan peruntukkan.

Recommended