00:00Sebanyak empat penerbangan pemindahan organ telah dilaksanakan Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM setakat tahun ini.
00:08Ketua Cawangan Piawayan, Latihan dan Inspektorat Bahagian Udara JBPM, Roslan Aziz berkata,
00:13ia melibatkan penerbangan dari Terengganu, Kelantan dan Johor dengan keseluruhan 14.1 jam penerbangan.
00:22Roslan berkata, sebuah helikopter AW-139 telah digerakkan pada Isnen bagi melaksanakan misi penerbangan pemindahan perubatan
00:31untuk membawa organ pendermaan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ke Miat Subang.
00:37Ia bagi membolehkan organ berkenaan dihantar segera ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
00:43yang memerlukan pengangkutan pantas dan pengendalian dalam tempoh masa kritikal.
00:49Pesawat AW-139 ini telah diatur gerak daripada Pangkelan Udara Wilayah Utara Pulau Pinang ke Johor Bahru pada jam 9
00:57pagi tadi
00:58dan berjaya memindahkan organ daripada Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ke Kuala Lumpur
01:07dan mendarat pada jam 11.47 pagi tadi.
01:11Roslan berkata misi penerbangan itu melibatkan jantung, perparu dan hati yang didermakan selepas keluarga seorang pesakit yang disahkan mengalami kematian
01:20otak memberikan persetujuan.
01:23Pendermaan berkenaan memberi peluang baru kepada pesakit yang sedang menunggu pemindahan organ
01:28manakala proses pengangkutan yang pantas amat penting bagi memastikan organ berkenaan kekal dalam keadaan optimum sebelum prosedur transplan dilakukan.