00:00Sarawak berharap rundingan antara Petros dan Petronas mencapai penyelesaian secara muafakat, berlandaskan semangat setia kawan serta kepentingan ekonomi negara.
00:09Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata, kerajaan negeri berharap sebarang penyelesaian yang dicapai mengambil kira kepentingan kedua
00:17pihak.
00:18Katanya, Sarawak tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ekonomi negara, namun pada masa sama tetap komited mempertahankan haknya
00:28dalam industri minyak dan gas.
00:30Tambahnya, Sarawak mempunyai asas perundangan tersendiri dalam memperjuangkan hak berkenaan termasuk menerusi ordinan perlombongan yang masih berkuat kuasa.
00:40Penubuhan Petros katanya membolehkan negeri itu memainkan peranan lebih besar dalam industri minyak dan gas sekaligus memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain
00:49utama sektor berkenaan.
00:51Ia turut melibatkan pembangunan beberapa sektor cabang lain seperti petrokimia menerusi Sarawak Pet Camp yang membabitkan pengeluaran metanol.
00:59Abang Jo berkata cabaran utama bagi kerajaan negeri adalah memastikan hak Sarawak terus dipertahankan tanpa mengorbankan hubungan kerjasama dengan Petronas
01:09di peringkat persekutuan.