• 7 minutes ago
KPM meneruskan pengambilan pembantu warden menerusi MySTEP bagi meringankan beban guru dan memperkukuh pengurusan asrama, di samping memanfaatkan kadar pengisian jawatan guru yang kini mencapai 99 peratus.

Category

🗞
News
Transcript
00:02Selanjutnya, Kementerian Pendidikan memperkukuh penambahan bilangan Warden Asrama, termasuk di sekolah berasrama penuh melalui pengambilan pembantu warden di bawah program
00:10Malaysia Short Term Employment Program.
00:12Datuk Maistad, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Azam Ahmad berkata, usaha itu dilaksanakan secara berperingkat untuk menangani cabaran pengurusan asrama
00:20dan meringankan beban tugas guru yang juga memikul tanggungjawab sebagai warden.
00:27Beliau berkata pengambilan pembantu warden menerusi program My Step yang dimulakan pada tahun lepas, diteruskan tahun ini dan tahun hadapan
00:35sebagai antara langkah menangani keperluan tenaga kerja di asrama sekolah.
00:40Perancangan itu memang dah ada di pengkat Kementerian Pendidikan untuk memastikan kita ada pertambahan warden. Memang pun kita dah usahakan.
00:47Jadi antaranya, yang ke arah itu, pertambahan warden itu yang pertama sekali saya nak sebut sini, kita ada My Step
00:53untuk pembantu warden.
00:54Kita dah mulakan, daripada tahun lepas kita dah tambah. Dan tahun ini dan tahun lepas pun kita ada My Step.
00:58Okey itu antara bentuk-bentuk kita buat pertambahan warden secara My Step.
01:03Yang kedua, kita dah mula pengambilan guru dah tinggi.
01:07Selalunya pengambilan guru setiap tahun kita mengisi guru lebih kurang dalam 94%.
01:12Tapi hari ini kita dah pergi pada 99%.
01:15Bila 90% ni bila kita letakkan cikgu-cikgu kita di negeri, ada negeri dah 103%.
01:20Jadi ini juga menjadi satu mekanisme untuk kita membantu sekolah-sekolah yang ada cabaran tentang warden.
01:28Contohnya balik negeri-negeri yang ni, kita selaraskan dulu daerah ni selaraskan guru tentang cikgu ni, penempatan guru.
01:35Jadi guru yang lebih itu kita letakkan pada guru sekolah-sekolah yang ada asrama yang guru-guru ni boleh meringankan
01:41beban tugas warden.
01:43Bagaimanapun beliau menegaskan peranan guru sebagai warden masih penting kerana asrama bukan sekadar tempat penginapan atau transit murid.
01:51Sebaliknya merupakan sebahagian daripada ekosistem pendidikan yang menyumbang kepada pembangunan sahsiah dan potensi mereka.
01:58Muhammad Azam berkata KPM perlu mencari pendekatan lebih berkesan bagi mengimbangi tanggungjawab pendidikan dan pengurusan asrama selain mengambil kira cabaran
02:06berbeza yang dihadapi sekolah mengikut lokasi.
02:09Dalam perkembangan lain, Muhammad Azam berkata KPM menyerahkan sepenuhnya siasatan kes kematian seorang pelajar di Perak kepada pihak polis bagi
02:17memastikan siasatan dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan.
02:20Beliau berkata Kementerian akan terus memberikan kerjasama dan sokongan kepada pihak berkuasa selain memastikan kebajikan keluarga pelajar terbabit serta warga
02:28sekolah mendapat perhatian sewajarnya.

Recommended