• 3 minutes ago
Pelantikan Arzumy Md Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu AI Malaysia dilihat memperkukuh kepimpinan organisasi itu dalam menerajui agenda kecerdasan buatan negara ke arah merealisasikan aspirasi Negara AI 2030.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik AI Malaysia melantik Arzumi Mak Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baru berkuatkuasa hari ini.
00:06Perlantikan itu menandakan fasa baru dalam usaha memperkukuh kepimpinan organisasi berkenaan
00:11selain memacu pelaksanaan agenda negara ke arah merealisasikan aspirasi negara AI 2030.
00:20Arzumi membawa pengalaman lebih dua dekad dalam bidang teknologi, kepimpinan peniagaan dan transformasi organisasi.
00:27Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Faith Asia Teknologi Sendirian Belhad
00:34dan Ketua Pegawai Teknologi Faith Group sebahagian daripada kumpulan Pine Labs.
00:40Beliau juga antara anggota pasukan pengasas syarikat teknologi tempatan termasuk BillPlace dan SES.
00:47Pengurusi Lembaga Pengarah Malaysia Aireen Omar berkata,
00:51pengalaman Arzumi dalam industri teknologi dan perniagaan
00:54dijangka memberikan perspektif strategik selain memperkukuh keupayaan organisasi
01:00serta memperluas jaringan kerjasama dalam dan luar negara.
01:05Katanya aspirasi Malaysia untuk menjadi negara AI menjelang 2030
01:09memerlukan institusi yang kukuh, kepimpinan berkesan
01:13serta kerjasama antara kerajaan, industri, akademia dan masyarakat.
01:18Di bawah kepimpinan baharu itu, AI Malaysia akan memberi tumpuan kepada tiga keutamaan strategik
01:25iaitu takbir urus AI, keselamatan AI dan ekonomi AI.
01:30Ia mengangkumi pembangunan bakat dan inovasi tempatan
01:34memperkukuh pelaksanaan inisiatif AI kebangsaan
01:37serta memperluas kerjasama strategik antarabangsa.
01:41AI Malaysia dilancarkan pada 28 Julai 2026
01:45menerusi penginstitusian pejabat AI kebangsaan
01:48dan berperanan memacu pelaksanaan pelan tindakan AI kebangsaan
01:522026 hingga 2030
01:54yang merangkumi 28 inisiatif nasional.
01:59Matlamatnya adalah untuk memastikan
02:00Malaysia bukan sekadar menjadi pengguna teknologi AI
02:04malah mempunyai keupayaan dan daya saing
02:06untuk mencorakkan masa depan teknologi itu di peringkat global.
02:092.
02:10Terima kasih kerana menonton!

Recommended