00:00Orang ramai disaran mengemaskini sistem operasi telefon masing-masing sebagai persediaan untuk menerima amaran kecemasan menerusi sistem amaran awal EWS
00:08yang akan dilaksanakan secara berfasa.
00:11Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC berkata, sistem itu membolehkan amaran dihantar serentak kepada telefon yang serasi dalam kawasan geografi
00:20yang dikenalpasti.
00:23Menerusi teknologi siaran sel, pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan, mendaftar atau melanggan perkhidmatan khusus untuk menerima amaran.
00:31Sebagai panduan awal, peranti yang menyokong sistem itu ialah iPhone 11 dan model lebih baru dengan iOS 27.2 atau
00:39versi terkini, telefon Android 12 atau versi terkini serta Huawei dengan Emoi 16 atau versi terkini.
00:46Keperluan minimum itu masih tertakluk kepada pengesahan teknikal akhir. Pengguna juga disaran memasang kemas kini perisian terkini yang tersedia, memulakan
00:55semula telefon selepas kemas kini dan memastikan tetapan amaran kecemasan diaktifkan sekiranya berkenaan.
01:01MCMC mengadakan taklimat bersama Ketua-Ketua Pengarang Media pada Khamis termasuk demonstrasi melalui ujian teknikal dalaman dibangunannya di Cyberjaya.
01:09Suruhanjaya itu menjelaskan ujian tersebut bertujuan menilai dan menambah baik sistem sebelum pelaksanaan lebih meluas.
01:16Ujian pada skala lebih besar akan dilaksanakan secara berfasa.
01:20EWS dibangunkan melalui kerjasama MCMC, NADMA, Agensi Teknikal dan penyedia telekomunikasi bagi mempercepat penyampaian amaran kecemasan secara bersasar.
01:30Sistem itu melengkapi saluran amaran sedia ada.
01:33Orang ramai diminta peka terhadap maklumat rasmi dan mematuhi arahan pihak berkuasa apabila menerima amaran kecemasan.