Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kawalan keselamatan sistem AI boleh berbeza mengikut bahasa, sekali gus menuntut pengujian khusus dalam konteks bahasa Melayu.
Transcript
00:00Sesebuah sistem kecerdasan buatan AI yang mempunyai kawalan keselamatan kukuh dalam bahasa Inggeris
00:06belum tentu memberikan tahap pelindungan sama dalam bahasa Melayu.
00:10Oleh itu, AI Malaysia menekankan keperluan menguji model dan sistem AI mengikut konteks bahasa tempatan.
00:17Pengarah inovasinya, Muhammad Al-Hafiz Yahya berkata,
00:20jumlah pengujian yang berbeza antara bahasa boleh menyebabkan kawalan keselamatan sesebuah sistem tidak seragam.
00:26kawalan keselamatan yang kukuh boleh jadi longgar dalam satu bahasa tetapi mungkin bahasa lain dia kuat.
00:34Contohnya, bahasa Inggeris mungkin sebab ada banyak testing dan sebagainya dia lebih kuat tetapi bahasa Melayu mungkin longgar.
00:40So, itu adalah peranan di mana pihak Malaysia akan pergi untuk uji model-model dan sistem-sistem ini
00:46supaya dia disahkan dan okey untuk digunakan.
00:51Bagi menangani jurang itu, AI Safety Institute atau My AI Safe di bawah AI Malaysia
00:57ditugaskan menilai dan menguji model serta sistem AI.
01:01Ia termasuk sistem yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu sebelum dinilai sesuai untuk digunakan.
01:07Pada masa sama, Al-Hafiz memaklumkan kerajaan sudah memutamatkan rang undang-undang tabir urus AI
01:12selepas proses konsultasi awam selesai.
01:15Rang undang-undang itu dijangka dibentang sekitar 2027
01:19bagi menyediakan asas lebih jelas terhadap pembangunan dan penggunaan AI secara bertanggungjawab.
01:25Beliau berkata demikian ketika wawancara bersama Isra Awani pada Sabtu.
01:28Terima kasih telah menonton!

Recommended