Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Sebuah sekolah di Najran mengalami kerosakan selepas terkena peluru yang dilancarkan kumpulan Houthi ketika ketegangan rentas sempadan terus berlarutan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah sekolah di Bandar Najran Selatan Arab Saudi mengalami kerosakan selepas terkena peluru yang didakwa dilancarkan kumpulan huti dari Yemen.
00:09Menurut pihak Pertahanan Awam Arab Saudi, pasukan kecemasan digerakkan selepas sebuah peluru yang digambarkan sebagai objek serangan musuh jatuh di
00:17kawas sana berkenaan.
00:19Pihak berkuasa berkata peluru itu mengenai sebuah sekolah dan menyebabkan kerosakan harta benda.
00:24Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan setakat ini.
00:30Pihak berkuasa memaklumkan semua persedia keselamatan dan tindakan kecemasan telah dilaksanakan susulan kejadian tersebut.
00:36Sebelum ini, Pakatan Tentera Pimpinan Arab Saudi memaklumkan berjaya memintas dan memusnahkan tiga peluru berpandu balistik yang dilancarkan huti ke
00:45atas Bandar Khamis Musyid.
00:47Konflik di Yemen berlarutan sejak 2015 apabila Arab Saudi mengetuai Pakatan Ketenteraan bagi menyokong kerajaan Yemen menentang kumpulan huti.
01:00Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended