Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Perkhidmatan penumpang bagi Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dijangka bermula pada Februari 2027 dengan sasaran semua ujian sistem dan operasi percubaan selesai menjelang 31 Dis tahun ini.
Transcript
00:00Perkhidmatan penumpang bagi Sistem Transit Rapid RTS Link Johor Bahru, Singapura dijangka bermula pada Februari 2007 dengan sasaran semua ujian
00:10sistem dan operasi percubaan selesai menjelang 31 Disember tahun ini.
00:15RTS Operations PTE Ltd RTSO dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan tempoh masa itu mengambil kira jangka masa bagi baki kerja
00:26dan masa diperlukan untuk pensijilan keselamatan oleh pihak ketiga serta kelulusan daripada pihak berkaitan di kedua negara.
00:36Katanya matlamat utama adalah menyediakan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai bagi RTS Link.
00:42RTS Link adalah projek penting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Cagar di Johor Bahru dengan Woodlands North
00:50di Singapura.
00:52Perkhidmatan itu akan mempunyai kapasiti waktu puncak sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah dengan perjalanan antara kedua-dua
00:59stesen dijangka mengambil masa kira-kira 5 minit.
01:01Kemudahan kustom, immigration dan kuarantin CIQ bersepadu di lokasi sama turut disediakan di stesen Bukit Cagar dan Woodlands North bagi
01:10membolehkan penumpang menjalani pemeriksaan immigration di stesen berlepas.
01:14RTS Link berkata projek itu dijangka meningkatkan kesaling hubungan rentas sempadan dengan ketara serta memudahkan perjalanan harian antara Johor Bahru
01:23dan Singapura.
01:23RTS Link juga dijangka memperkuku hubungan antara rakyat serta menjana faedah ekonomi dan sosial bersama untuk kedua-dua negara.

Recommended