Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pencipta kandungan, pempengaruh dan pengguna media sosial perlu mengutamakan adab, pertimbangan dan sifat kemanusiaan, ketika menghasilkan kandungan terutama berhubung situasi terkini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pencipta kandungan, pempengaruh dan pengguna media sosial perlu mengutamakan adab, pertimbangan dan sifat kemanusiaan ketika menghasilkan kandungan terutama berhubung situasi
00:11terkini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
00:15Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fazil berkata, walaupun ramai yang ingin mengetahui perkembangan dan keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu,
00:23namun tidak semua perkara perlu dijadikan bahan berita atau kandungan media sosial.
00:31Katanya teknologi boleh berubah dan boleh berbeza pandangan, tetapi jangan menggunakan media sosial sehingga kehilangan adab, moral dan sifat kemanusiaan.
00:40Sehubungan dengan itu, Fahmi menggesa semua pihak agama memberikan ruang serta masa kepada Tun Dr. Mahathir dan keluarga beliau yang
00:47masih berduka atas pemergian Anwarirham Tun Dr. Siti Asmah Mohamad Ali.
00:52Beliau berkata anak bekas Perdana Menteri itu, Datuk Seri Muhhris Mahathir sebelum ini telah membuat permintaan untuk berikan ruang dan
00:59privasi kepada ahli keluarganya yang sedang berduka.
01:02Dalam pada itu, Fahmi turut mengingatkan pengguna media sosial agar tidak menyebarkan sebarang kandungan spekulatif, kandungan berasaskan kecerdasan buatan AI
01:11yang tidak sensitif atau sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya.
01:14Tegasnya, sekiranya terdapat kandungan seperti itu, orang ramai diminta terus melaporkan kepada Suruhanjai Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC atau Polis.

Recommended