00:00Pasangan suami isteri maut manakala dua anak perempuan mereka cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di kilometer
00:0772.5 Jalan Batu Pahat Mersing pada Jumaat.
00:12Ketua Polis Daerah Keluang SCP Bahrain Muhammad Noh berkata, kemalangan kira-kira lima petang itu membabitkan sebuah lori dipandu lelaki
00:19berusia 34 tahun dari arah Keluang menuju ke Kahang dan sebuah kenderaan Hyundai Matrix dari arah bertentangan.
00:29Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta Hyundai Matrix yang dipandu lelaki tempatan berusia 54 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat
00:38keadaan jalan licin sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit.
00:43Akibat pertembungan itu, pemandu kereta dan isterinya berusia 49 tahun mengalami kecederaan parah pada kepala serta badan sebelum disahkan meninggal
00:52dunia di tempat kejadian.
00:53Dua anak perempuan pasangan itu masing-masing berusia 24 dan 21 tahun yang berada di tempat duduk belakang turut mengalami
01:00kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Zon Merah buat kecemasan Hospital Encik Besar Hajah Kalsom Keluang.
01:08Bahrain berkata pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.