00:00Bertemu kembali, Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Syah bertitah kepada pemimpin politik supaya tidak bergaduh, bertelagah atau berebut kuasa sehingga
00:10mencetuskan perpecahan sesama sendiri.
00:12Baginda juga bertitah supaya segala usaha dan perhatian seharusnya diberikan kepada pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat serta kebajikan terhadap golongan yang
00:22memerlukan pembelaan.
00:25Sultan Selangor menegaskan bahawa perbezaan pendirian dan fahaman politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama demi kepentingan negeri dan rakyat.
00:35Tanggungjawab kepimpinan hendaklah dilaksanakan penuh amanah dengan mendahulukan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi mahupun kelompok politik.
00:44Ditah Baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Jumaat.
00:48Menerusi hantaran itu juga, Sultan Syarafuddin mengingatkan bahawa kemajuan Selangor perlu disertai keharmonian masyarakat dan kestabilan pentadbiran.
00:57Baginda bertitah, para pemimpin hendaklah memelihara sikap saling menghormati serta mengutamakan perbincangan yang membina dalam menangani sebarang perbezaan.
01:06Menurut hantaran itu, Sultan Syarafuddin berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun
01:14pemerintahan Sultan Selangor yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.
01:20Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat bersama-sama rakyat Jelata.
01:24Pada majlis itu, Baginda berkesempatan bertemu dan bersantap dengan dua bekas Menteri Besar Selangor iaitu Dr. Muhammad Hir Toyo dan
01:32Datuk Seri Muhammad Azmin Ali serta Menteri Besar Selangor ketika ini, Datuk Seri Amiruddin Syari.
01:39Terima kasih telah menonton!