00:00Amerika Syarikat bersama 66 negara lain menggesa semua negara anggota pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB melaksanakan semula sekatan antarabangsa terhadap
00:10Iran.
00:11Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan bersempena ulang tahun pertama pelaksanaan semula sekatan menyeluruh PBB ke atas
00:19Iran pada tahun lalu.
00:22Dalam kenyataan berkenaan, Iran turut digesa menghentikan pelanggaran yang didakwa berkaitan komitmen nuklear serta kembali mematuhi peraturan kawalan penyebaran senjata
00:31nuklear.
00:32Negara-negara itu juga diminta memberikan kerjasama penuh kepada agensi tenaga atom antarabangsa IAEA bagi memastikan pemantauan dapat dilaksanakan secara
00:41telus.
00:41Perkembangan itu berlaku selepas Rusia dan China menggunakan kuasa veto terhadap satu resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dikemukakan Amerika Syarikat
00:50bulan lalu.
00:51Resolusi tersebut bertujuan membolehkan pakar PBB meneruskan pemantauan terhadap sekatan yang dikenakan ke atas Iran.
00:58Teheran bagaimanapun terus menafikan tuduhan bahawa ia melanggar perjanjian nuklear 2015 atau berusaha membangunkan senjata nuklear.