00:00Kementerian Pendidikan KPM mengumumkan kalender akademik tahun 2027 bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula 4 Januari hingga
00:092 Disember 2027 bagi sekolah di negeri kumpulan A dan 4 Januari hingga 3 Disember 2027 bagi sekolah di negeri
00:18kumpulan B.
00:19Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala kumpulan B adalah bagi sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
00:28Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
00:39KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2027 yang melibatkan perayaan Hari Raya
00:48Puasa, Tahun Baru Cina, Hari Dipah Vali, Hari Raya Korban, Pesta Keamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.
00:56Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina,
01:06Hari Raya Korban, Hari Wesak dan Hari Dipah Vali.
01:10Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.
01:13Kementerian juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi kumpulan A dan kumpulan
01:22B.
01:23KPM berkata langkah penyeragaman itu bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 di seluruh negara dan memudahkan perancangan pentadbiran
01:33sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif.