Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Kesemua empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Penampang ditutup, selepas keadaan banjir di daerah terjejas itu pulih pada 8 malam, pada Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesemua empat pusat pemindahan sementara PPS di daerah Penampang ditutup selepas keadaan banjir di daerah terjejas itu pulih pada 8
00:08malam pada Jumaat.
00:10Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sabah memaklumkan perkembangan positif itu membolehkan semua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan
00:20pulang ke kediaman masing-masing.
00:24Katanya tiada sebarang laporan kemalangan jiwa atau kematian direkodkan sepanjang tempoh bencana melanda daerah terbabit.
00:32Semua PPS di Penampang telah rasmi ditutup dan semua lokasi yang terjejas telah kembali pulih.
00:38Penutupan itu melibatkan PPS Kompleks Sukan Penampang, Dewan Huguan Sio, Sekolah Kebangsaan St. Paul Kolopis dan Parish Hall St. Michael.
00:46Sebanyak 118 mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan ke PPS tersebut sebelah pagi.
00:54Bencana itu diisytiharkan secara rasmi oleh Pengurusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah JPBD Penampang Noemi Diana John Tren pada 10.40
01:04malam Khamis yang membolehkan 4 PPS itu dibuka susulan hujan berterusan.
01:10Paras Sungai Moyok teruk merepasi paras bahaya pada ketinggian 9.12 meter.
01:15Banjir berikutan limpahan air sungai itu sebelum ini menjejaskan 15 kampung serta menyebabkan 12 laluan di sekitar daerah berkenaan di
01:23Naiki Air.
01:24Dalam pada itu JPBN Sabah memaklumkan 1 PPS di daerah kota Kinabalu iaitu Dewan Masyarakat Manggatal yang dibuka sejak 8
01:33Khamis malam masih beroperasi namun masih dalam proses pendaftaran mangsa sehingga Jumaat malam.
Comments

Recommended