Skip to playerSkip to main content
Taktik sebuah restoran Arab terkenal di Bukit Baru Melaka menyembunyikan 230 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dalam plastik hitam bersama longgokan sampah kering terbongkar selepas premis itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka pada Jumaat.

Serbuan sekitar jam 1.30 petang itu dilakukan lima anggota penguat kuasa KPDN selepas risikan hampir tiga minggu susulan aduan awam yang mengesan kegiatan mencurigakan itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798767/berita/semasa/restoran-arab-sorok-230kg-minyak-peket-dalam-longgokan-sampah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #WargaAsing #SelewengMinyakMasak
Transcript
00:01Taktik sebuah restoran Arab terkenal di Bukit Baru, Melaka menyembunyikan 230 kg minyak masak paket bersubsidi dalam plastik hitam bersama
00:12longgokan sampah kering terbongkar selepas premis itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarahidup KPDN Melaka pada Jumat.
00:22Serbuan sekitar jam 1.30 petang itu dilakukan lima anggota penguatkuasa KPDN selepas risikan hampir tiga minggu susulan aduan awam
00:33yang mengesan kegiatan menculigakan itu.
00:36Pengarah KPDN Melaka Dr. Mohd Hazimin Jamalujin berkata hasil risikan mendapati premis makanan yang telah beroperasi sejak 2014 itu disyaki
00:47menyelewing minyak masak bersubsidi untuk tujuan komersial.
00:51Pemeriksaan yang mengambil masa kira-kira 30 minit itu menemukan minyak masak bersubsidi pelbagai jenama di tingkat tiga premis berkenaan.
01:01Minyak masak berkenaan yang dianggarkan bernilai RM575 disembunyikan dalam plastik hitam dan diletakkan bersama longgokan sampah kering bagi mengaburi pihak
01:13penguatkuasa.
01:13Katanya siasatan awal mendapati bekalan minyak masak paket bersubsidi itu diperoleh dari luar Melaka dihantar menggunakan perkhidmatan kuria dari Selangon
01:24ke Melaka.
01:26Ujar beliau KPDN masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab membuat tempahan minyak masak bersubsidi berkenaan.
01:35Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak
01:46munasabah bagi tujuan melakukan kesalahan.
01:49Jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan
01:59pertama.
01:59Manakala bagi syarikat, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama.
Comments

Recommended