Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Pembinaan Kapal Misi Pelbagai Guna 1 (MPMS 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjalan lancar mendahului jadual dan dijangka memulakan pelayaran pulang ke tanah air pada akhir Januari depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembinaan kapal misi pelbagai guna satu MPMS-1 milik agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM berjalan lancar mendahului jadual dan dijangka
00:11memulakan pelayaran pulang ke tanah air pada akhir Januari depan.
00:15Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apabila siap dan diserahkan kelak, MPMS-1 bakal melakar sejarah sebagai
00:24kapal terbesar di dalam armada APMM.
00:29Beliau berkata, perolehan aset strategi berkenaan akan membantu meningkatkan keupayaan anggota untuk melaksanakan pelbagai operasi di laut bermula daripada kerangka
00:38penguatkuasaan dan pemantauan perairan hingga operasi mencari dan menyelamat SAR.
00:43Sebelum itu, Saifuddin Nasution menyempurnakan majlis pelancaran kapal berkenaan di Desan Shipyard dengan disaksikan Menteri Dalam Negeri Turki, Mustafa Cifci,
00:53Menteri Industri dan Teknologi Turki, H.E. Mehmet Fatih Kacir, Panglima Tentera Laut Turki, Laksamana Erkumen Tatlioglu, serta Wakil Desan
01:02Shipyard, Ceng Ismail Kaptanoglu.
01:04Sementara itu, KDN menerusi kenyataan media memaklumkan majlis pelancaran yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu turut diserikan dengan gimmick
01:13pecahan botol mengandungi air laut dari Malaysia.
01:16Menurut KDN, gimmick berkenaan adalah sebagai simbolik kepada jalinan kerjasama erat antara kedua-dua negara sebelum kapal terbabit dilancarkan ke
01:25Laut Marmara.
01:26Bersempena dengan pelancaran itu, satu mesyuarat dua hala antara Saifuddin Nasution dan Mustafa Cifci turut diadakan bagi membincangkan perkara berkepentingan
01:35bersama termasuk meneroka peluang perkongsian teknologi dalam bidang keselamatan dan industri maritim.
01:41KDN menyatakan keyakinan bahawa kerjasama berkenaan mencerminkan komitmen berterusan antara Malaysia dan Turki untuk memperluas hubungan strategi yang bukan sahaja
01:51saling memberi manfaat, malah menjadi pemangkin kepada penerokaan bidang kerjasama baru pada masa hadapan.

Recommended