00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa peningkatan serangan drone dan serangan udara di utara Habsyah semakin mengancam orang awam
00:09serta mengganggu operasi kemanusiaan.
00:12Jurucakat PBB, Stefan Dujarik berkata, keadaan keselamatan yang tidak menentu memberi risiko besar kepada penduduk dan petugas bantuan.
00:23Menurut beliau, sedikit peningkatan keselamatan di Amhara membolehkan organisasi bantuan menilai semula operasi di Wakhamra dan Nofwello.
00:32Di wilayah Afar, kumpulan bantuan kemanusiaan dilaporkan sedang menggerakkan bantuan kecemasan di kawasan keutamaan yang masih boleh diakses.
00:41Bagaimanapun, Dujarik berkata, operasi bantuan di wilayah Tigray kini hampir terhenti sepenuhnya berikutan ketidakstabilan keselamatan yang berterusan dan sekatan akses
00:51yang serius.
00:52Menurut beliau, keadaan itu menjejaskan keupayaan agensi kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan penting kepada penduduk yang memerlukan.
00:59Beliau turut menggesa semua pihak memastikan akses bantuan kemanusiaan diberikan secara selamat, pantas dan tanpa halangan.
01:07Mengulas situasi keseluruhan di negara itu, Dujarik menyifatkan keadaan kemanusiaan di Ethiopia sebagai semakin memimbangkan dan tidak menentu.
01:15Beliau berkata, organisasi bantuan ketika ini terpaksa merundingkan akses ke kawasan terjejas secara kes demi kes, bagi mastikan bantuan dapat
01:24disampaikan kepada komuniti yang memerlukan.