Skip to playerSkip to main content
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemukan maut di sebuah sekolah di Yong Peng, Sabtu lalu.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798930/berita/semasa/irene-sofiya-maut-dibunuh-pelajar-lelaki-direman-enam-hari

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pelajarmaut #IreneSofiya #reman
Transcript
00:00Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di Rehman 6 hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar perempuan tingkatan 4 yang
00:08ditemukan maut di sebuah sekolah di Yongpeng, Batu Pahat pada Sabtu.
00:12Perintah Rehman terhadap suspek dikeluarkan Magistrat Mustakim Soekarno di Mahkamah Magistrat Batu Pahat pagi ahad.
00:20Suspek di Rehman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.
00:27Sebelum itu, suspek merupakan antara tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
00:37Difahamkan ketiga-tiga mereka ditahan polis beberapa jam selepas mangsa Irene Sofia Mohd Khairul Faisal 16 tahun ditemukan maut kira
00:46-kira jam 5.30 petang.
00:48Kesemua suspek dipercayai merupakan pelajar di sekolah yang sama dengan mangsa.
00:52Siasatan lanjut sedang dijalankan polis bagi mengenalpasti motif serta kejadian sebenar.

Recommended