00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Iran kini hampir meninggalkan sebarang rancangan untuk membangunkan senjata nuklear ketika konflik antara kedua
00:09negara memasuki bulan ke-8.
00:11Menurutnya perkembangan itu merupakan satu pencapaian penting dalam usaha Washington menghalang Tehran daripada memiliki senjata nuklear.
00:21Beliau turut mendakwa harga minyak global kini menunjukkan tren penurunan selepas meningkat ketika konflik melibatkan Iran bermula pada Februari lalu.
00:29Trump berpandangan tekanan yang dilaksanakan terhadap Iran telah memberikan kesan terhadap hala tuju program nuklear negara itu.
00:35Bagaimanapun, Iran terus menafikan dawaan bahawa ia berusaha membangunkan senjata nuklear.
00:41Sebelum ini Presiden Iran, Masud Pezichkin, menegaskan bahawa Tehran tidak menghasilkan senjata nuklear atas faktor larangan agama.
00:48Beliau turut menyatakan kesiapan Iran untuk mencarikan simpanan uranium diperkaya di bawah pemantauan antarabangsa.
00:55Namun, Tehran menegaskan program nuklear awamnya akan diteruskan dan sebarang kompromi hanya boleh dipertimbangkan sekiranya sekatan ekonomi AS ditamatkan.