00:00Baik perkembangan jerebu di seluruh negara, kemas kini Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia APIMS, Kendalian Jabatan Alam Sekitar
00:09JAS memaklumkan tujuh kawasan masing-masing enam di Johor dan satu di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tahap tidak sihat sehingga
00:17jam 9 pagi Ahad.
00:18Batu Pahat mencatatkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi dengan 155. Ini diikuti segamat dengan bacaan 153. Sementara itu, Keluang, Pasir
00:29Gudang, Lakin dan Tangkak mencatatkan bacaan masing-masing 150, 149, 148 dan 142.
00:38Di Sarawak, Samarahan merekodkan bacaan 152. Sementara itu, 53 stesen pengawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana dan tiga
00:48kawasan pula mencatatkan bacaan IPU dalam kategori baik.
00:51Bacaan IPU 201 hingga 300 dikategorikan sangat tidak sihat antara 101 hingga 200 adalah tidak sihat manakala bacaan 51 hingga
01:01100 pula berada pada tahap sederhana.
01:03Orang ramai digesa mengamalkan langkah-langkah keselamatan termasuk memakai pelitup muka sekiranya berdepan situasi jerebu di kawasan masing-masing.