00:00Warga emas merupakan aset dan warisan berharga negara yang kaya dengan pengalaman serta kebijaksanaan dan bukannya bebanan kepada masyarakat mahupun
00:10pembangunan negara.
00:11Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM, Datuk Seri Nancy Syukri berkata pengorbanan dan kasih sayang golongan itu menjadi asas
00:21kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
00:25Beliau berkata perubahan demografi negara menuntut perlindungan, sokongan dan penjagaan warga emas terus diperkukuh.
00:32Malah golongan itu perlu terus diberikan ruang untuk menyumbang selain menikmati kualiti hidup yang baik, bermaruah dan sejahtera.
00:39Pada tahun 2026, iaitu tahun ini, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 34.4 juta orang berbanding 34.2 juta pada
00:54tahun 2025
00:55dengan 4.2 juta orang atau 12.3% daripadanya merupakan warga emas.
01:07Transisi demografi ini menuntut persediaan yang rapi dan menyeluruh khususnya dalam aspek pekerjaan, jaminan pendapatan dan kesihatan awam.
01:19Namun, dalam mendepani perubahan ini, warga emas tidak seharusnya dilihat sebagai suatu beban
01:28kerana mereka merupakan aset berharga negara yang kaya dengan pengalaman, kemahiran dan kebijaksanaan serta menjadi penghubung antara generasi.
01:43Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026
01:48di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC Ikeroh.
01:53Sambutan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka itu
01:58bertemakan Warga Emas Disayangi Negara Harmoni.
02:01Kemuncak sambutan menyaksikan peranugerahan anugerah khas Warga Emas 2026
02:07sebagai pengiktirafan kepada individu yang banyak menabur jasa kepada masyarakat.
02:12Penerima anugerah khas Syed Amran Datuk Kaya Bakhti Syed Omar berusia 71 tahun dan berasal dari Perlis
02:18merupakan individu yang aktif dalam pelbagai misi bantuan bencana sehingga kini.
02:24Apabila kita ni dianugerah sesuatu, apabila kita ni dinilai dan dianugerah
02:32seperti yang saya terima hari ni, tidak juga saya meminta dan sebagainya
02:38tetapi ia memberi satu semangat. Semangat jitu yang kita tidak boleh
02:43walaupun di ujung-ujung umur ni kita sentiasa membantu, sentiasa menolong
02:50tidak kira masyarakat dan sebagainya. Karena dalam kesihatan dia juga ni
02:55kita selalu harus berjalan. Maksudnya kalau kita sentiasa duduk diam
02:59maska kesihatan kita yang akan diuji di tapak kaki. Bila kita berjalan ni
03:07kita sentiasa pergi ke kampung dan program kami yang akan datang ni dah
03:12lawat, rawatan dan siar kepada keseluruhan warga emas yang terdapat di negeri Perlis
03:18yang mana tidak diambil kira oleh anak-anak ataupun isteri
03:23ataupun saudara marah mereka. Jadi kami mengambil langkah ini
03:28untuk membantu.
03:31Syed Amran yang juga timbalan pemerintah St. John Ambulans Negeri Perlis
03:36kini giat merangka program khas lawat, rawat dan siar bagi menyantuni
03:40kebajikan serta sokongan emosi warga emas di seluruh Perlis.