00:00Baik, dalam hari itu, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mengarahkan satu semakan dalaman menyeluruh dijalankan serta merta berhubung insiden kematian seorang
00:10pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Yongpeng, Batu Pahat.
00:15Menterinya, Datuk Seri Fadlina Siddiq memberi amaran tegas kepada semua pihak terlibat agar tidak menyembunyikan sebarang fakta selain memastikan aspek
00:26kawalan keselamatan serta prosedur operasi standar di premis sekolah disemak secara terperinci.
00:34Fadlina turut memaklumkan kes kematian Allahyarham, Ayrin Sofia Mohd Khairul Faisal, kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas
00:43kesalahan membunuh.
00:44Berdasarkan taklimat polis diraja Malaysia, beliau mengesahkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan reman selama 6 hari untuk
00:51membantu siasatan, manakala motif kejadian masih dalam penelitian pihak berkuasa.
00:56Fadlina menegaskan semakan dalaman KPM terus merangkumi rekod kehadiran murid bagi kelas tambahan pada hari Sabtu, serta jadual rondaan syarikat
01:03kawalan keselamatan yang bertugas dengan tindakan tegas bakal diambil sekiranya terbukti wujud elemen kecuaian.
01:10Terdahulu, beliau meluangkan masa meninjau perkarangan sekolah lokasi kejadian sebelum menziarahi waris mangsa di Hospital Sultanah Nora Ismail sambil memastikan
01:18sokongan kaunseling segera digerakkan kepada warga sekolah yang terkesan.
01:23Insiden duka itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan
01:29mengarahkan siasatan segera, telus dan menyeluruh dilaksanakan tanpa sebarang kompromi.
01:35Terima kasih telah menonton!