Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
JPV menerima 37,043 aduan berkaitan kebajikan haiwan sejak 2020 dengan 6,749 kes telah diambil tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Transcript
00:00Jabatan Perkhidmatan Veterina atau JPV menerima lebih 37,000 aduan berkaitan kebajikan haiwan di seluruh negara sejak tahun 2020.
00:09Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterina bagi Kesehatan Veterina, Dr. Aida Muhyid, sebanyak 37,043 aduan dirikodkan dalam tempoh Januari
00:192020 hingga September tahun ini.
00:23Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,749 aduan telah diambil tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
00:32Antara kesalahan yang dikesan termasuk kegagalan menyediakan keperluan asas haiwan, penjagaan kesehatan yang tidak mencukupi dan persekitaran yang tidak sesuai.
00:41Dr. Aida berkata Malaysia turut menyokong inisiatif Regional Animal Welfare Strategi bagi memperkukuh amalan kebajikan haiwan di rantau ini.
00:50Beliau menjelaskan pensijilan amalan penternakan yang baik atau GEHP memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan makanan, kesihatan pekerja dan kebajikan
01:00haiwan.
01:01Dalam tempoh Mac 2021 hingga September tahun ini, sebanyak 1,907 lesen diluluskan daripada 3,314 permohonan yang diterima di
01:10bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
01:12JPV menegaskan pelesenan menjadi mekanisme penting bagi memastikan semua aktiviti berkaitan haiwan dilaksanakan mengikut standar kebajikan yang ditetapkan.

Recommended