00:00Dua kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Indonesia pagi ini melibatkan wilayah Sumbawa dan Sumatera Utara.
00:09Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, MAP Malaysia, gempa bumi pertama bermagnitude 6.0 berlaku pada jam 6.55 pagi di wilayah
00:17Sumbawa.
00:18Gempa itu berlaku pada kedalaman 87km dengan pusat gempa kira-kira 140km di selatan Bima.
00:26Sementara itu, gempa bumi kedua bermagnitude 5.8 dilaporkan berlaku di Sumatera Utara pada jam 7.37 pagi.
00:36MAP Malaysia berkata gempa tersebut berlaku pada kedalaman 30km dengan pusat gempa terletak 59km timur laut dari Mulaboh.
00:46Agensi itu memaklumkan gegaran berkemungkinan dirasai di beberapa kawasan sekitar negeri-negeri pantai barat semenanjung Malaysia.
00:52Bagaimanapun, kedua kejadian tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
00:58MAP Malaysia akan terus memantau perkembangan dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.