00:00Tentera Yaman mendakwa sekurang-kurangnya 700 pejuang huti terbunuh dalam 257 operasi ketenteraan yang dilancarkan di pelbagai medan perang di
00:09seluruh negara.
00:10Menurut Jurucakap Tentera Yaman, Colonel Majid Al-Nuzaili, operasi tersebut dilaksanakan menggunakan pesawat pejuang, drone, ariteri, peluru berpandu dan pelancar
00:21roket.
00:23Beliau berkata operasi itu meliputi Sana'a, Midi, Bakim serta barisan hadapan di Al-Jauf, Marib, Al-Baida dan Laj.
00:32Menurutnya, tumpuan utama diberikan di kawasan Ta'is yang menjadi antara medan pertempuran utama.
00:38Kata beliau, sasaran operasi termasuk pusat arahan dan kawalan, lokasi penempatan anggota, depo senjata dan peluru serta laluan bekalan ketenteraan
00:47huti.
00:48Majid mendakwa penilaian awal menunjukkan sekurang-kurangnya 700 anggota huti terbunuh.
00:53Beliau turut berkata 170 kenderaan dan aset ketenteraan milik huti berjaya dimusnahkan dalam operasi tersebut.
01:00Menurut Tentera Yaman, kilangan itu menjejaskan keupayaan tempur huti dan mengurangkan kemampuan mereka melancarkan serangan terhadap kawasan awam.
01:07Sekarang ini, pihak huti masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dawaan tersebut.