Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan Johor menyerahkan siasatan kes kematian pelajar di Batu Pahat kepada pihak berkuasa serta menegaskan tiada kompromi terhadap buli, keganasan atau jenayah di sekolah.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan tingkatan 4 yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Batu
00:08Pahat pada Sabtu malam.
00:09Pengurusi Jawatan Kuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Dr. Muhammad Naqib Madh Ghazali berkata,
00:15Jabatan Pendidikan Negeri Johor JPNJ dan Pejabat Pendidikan Daerah PPD Batu Pahat telah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa
00:25sepanjang proses sesatan.
00:28Beliau dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis diraja Malaysia PDRM dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan secara
00:37menyeluruh bagi mengenalpasti fakta serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian pelajar terbabit.
00:43Beliau menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah.
00:52Bagaimanapun katanya, sama ada insiden itu mempunyai unsur berkenaan perlu ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya melalui spekulasi.
01:01Dalam pada itu, Muhammad Naqib berkata kerajaan negeri bersama JPNJ dan agensi berkaitan akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan
01:09di institusi pendidikan serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.
01:15Beliau turut menyeru orang awam dan pengguna media sosial supaya tidak membuat sebarang spekulasi menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau
01:24membuat kesimpulan awal yang boleh mengganggu proses siasatan serta menambah kesedihan keluarga mangsa.

Recommended