Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan tegas diambil mengikut undang-undang sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kematian pelajar perempuan di Yong Peng, Johor.
Transcript
00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus berhubung kematian seorang pelajar perempuan
00:08berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yongpeng, Johor.
00:12Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata siasatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca serta kejadian sebenar yang berlaku.
00:21Belum menegaskan tindakan tegas, hendaklah diambil mengikut undang-undang sekiranya siasatan mendapati terdapat unsur jenayah.
00:28Anwar turut menzahirkan rasa duka cita dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga serta waris Allahiraham.
00:36Menurutnya, keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

Recommended