Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
KKM meluluskan tuntutan elaun perpindahan penuh bagi pegawai perubatan lantikan tetap bermula 2025. Langkah itu turut menyokong penempatan doktor ke Sabah, Sarawak dan Labuan serta menangani ketidakseimbangan tenaga kerja.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM meluluskan tuntutan allown perpindahan penuh bagi menyokong kebajikan selain memudahkan penempatan pegawai perubatan ke Sabah serta Sarawak.
00:10KKM dalam satu kenyataan menyebut kelulusan itu antara inisiatif strategik kementerian bagi memastikan cabaran kewangan tidak lagi menjadi bebanan kepada
00:18petugas kesihatan yang menerima penempatan rentas wilayah.
00:24Katanya, melulusi kelulusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, isu tuntutan kos perpindahan ini diselesaikan sepenuhnya bermula dengan pegawai
00:34lantikan tetap Kohot 2025.
00:37Ia menambah KKM juga berjaya memastikan kelulusan manfaat yang sama diteruskan untuk lantikan tahun 2026 dan seterusnya.
00:45Inisiatif berterusan ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam menghargai pengorbanan bakti mereka.
00:50Penjelasan itu dibuat sesulan tular di media sosial mengenai dawaan, sebilangan doktor berdepan kekangan melaporkan diri ke Sabah dan Sarawak
00:59kerana mendakwa dinafikan hak membuat tuntutan kos berpindah.
01:02Menurut kenyataan itu, manfaat berkenaan juga selari dengan 20 inisiatif kerajaan madani untuk kesejahteraan bertugas KKM iaitu pegawai bertukar status
01:11tetap layak membuat tuntutan allown perpindahan penuh.
01:14Sementara itu, dalam perkembangan lain, KKM maklumkan isu kekurangan doktor dan ketidakseimbangan penempatan pegawai perubatan di kemudahan kesihatan mampu ditangani
01:24selepas kementerian diberikan kuasa otonomi oleh JPA untuk mengurus serta mengagihkan sendiri perjawatan.
01:31Melalui langkah penting ini, masalah itu dapat dikurangkan secara berfasa.
01:35Kerajaan turut mengambil beberapa langkah jangka panjang termasuk menawarkan pelantikan tetap kepada 4,500 pegawai perubatan kontrak pada tahun ini.
01:44Selain itu, KKM mewajibkan pegawai perubatan kontrak yang menerima lantikan tetap untuk memilih sekurang-kurangnya satu penempatan di Sabah, Sarawak
01:51atau Labuan menerusi penambahbaikan sistem e-placement bermula tahun lalu.

Recommended