00:00Angka kematian tragedi Ferry Karam di Laut Jawa meningkat kepada 9 orang selepas 3 lagi mayat ditemukan pasukan mencari dan
00:08menyelamat Indonesia.
00:09Menurut Tentera Laut Indonesia, mayat 2 lelaki dan seorang wanita ditemukan oleh penyelam yang memasuki bangkai kapal pada hari ke
00:16-6 operasi.
00:18Pasukan penyelam turut menemukan pelbagai barangan milik mangsa dan kapal yang karam.
00:23Sebanyak 210 barangan dikumpulkan dan akan diserahkan kepada Jawatan Kuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia bagi tujuan siasatan.
00:33Ferry Virgo Transport 8 membawa 243 orang dari Surabaya ke Banjarmasin sebelum terbalik akibat cuaca buruk pada awal ahad lalu.
00:42Setakat ini, 108 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 126 lagi masih hilang.
00:48Operasi pencarian masih diteruskan dengan pelibatan pelbagai agensi bagi mengesan mangsa yang belum ditemukan.
Comments