Skip to playerSkip to main content
  • 50 minutes ago
Elemen citra Sabah akan diperkenalkan dalam kurikulum baharu Tahun Satu dan Tingkatan Satu mulai sesi akademik tahun depan bagi memperkukuh kefahaman, penghargaan budaya dan hubungan antara wilayah di Malaysia.
Transcript
00:00Elemen citra Sabah akan dimasukkan ke dalam kurikulum baharu persekolahan bagi murid tahun 1 dan dekatan 1 bermula sesi akademik
00:08tahun depan.
00:08Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadlina Siddiq, perkara itu antara persetujuan yang dicapai menerusi mesyuarat majlis tindakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia
00:161963 berkaitan pendidikan pada Jumat.
00:20Fadlina berkata Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratip turut memberikan sokongan penuh dalam perbincangan berkenaan bagi
00:29merealisasikan hasrat tersebut.
00:32Jelasnya penerapan elemen citra Sabah dalam kurikulum sekolah penting bagi memperkukuh semangat persahabatan serta hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung
00:41sebagai asas kekuatan Malaysia.
00:43Beliau berkata usaha itu penting bagi membolehkan generasi muda menghayati, menghargai dan menghormati kekayaan budaya terdapat di Sabah selain memastikan
00:53elemen berkenaan dapat dikongsi bersama melalui kurikulum sekolah.
00:57Sementara itu, Fadlina memaklumkan urusan berkaitan pengisian guru baru serta pelantikan pengetua dan guru besar di negeri itu kini berada
01:05pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
01:07Mengulas mengenai isu sekolah daif di Sabah, beliau berkata kemajuan pelaksanaan projek berkenaan berada pada tahap baik dengan sebahagiannya telah
01:16siap dibina,
01:17manakala selebihnya masih dalam fasa pembinaan serta pra-pelaksanaan.
01:21Fadlina berkata pemantauan rapi secara berterusan terus dilaksanakan bersama pihak berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya JKR Sabah bagi memastikan projek
01:30naik taraf sekolah daif di negeri itu berjalan dengan lancar.
01:34Dalam ucapannya, Fadlina memberitahu sebanyak 245 sekolah daif di Sabah telah siap dibangunkan semula sepenuhnya,
01:42manakala 63 lagi sedang dalam pembinaan dan baki selebihnya berada dalam pelbagai fasa pelaksanaan.
01:48Jumlah itu merupakan sebahagian daripada 416 sekolah daif di Sabah yang dikenalpasti untuk penggantian penuh katanya.
Comments

Recommended