Skip to playerSkip to main content
  • 45 minutes ago
JAKIM bekerjasama dengan FINAS dan agensi berkaitan bagi memperkukuh pematuhan kandungan filem serta televisyen yang menyentuh aspek agama, akhlak dan sensitiviti masyarakat Islam.
Transcript
00:00Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim menyeru sebuah pihak yang terlibat dalam penghasilan karya film dan televisyen supaya merujuk garis panduan
00:07penapisan kandungan bahan-bahan penyiaran berunsur Islam khususnya bagi kandungan yang menyentuh perkara berkaitan agama dan nilai Islam.
00:15Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajudin Suhaimi, Jabatan itu mengambil serius kandungan media yang mempunyai pengaruh besar dalam menyampaikan
00:23mesej serta membentuk nilai dalam masyarakat khususnya yang melibatkan aspek agama, akhlak dan sensitiviti masyarakat Islam.
00:31Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Kemajuan Film Nasional Malaysia FINAS bagi membincangkan usaha, inisiatif dan
00:40pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan kandungan yang dihasilkan mengambil kira nilai agama, akidah, syariah, akhlak serta sensitiviti masyarakat.
00:50Tegasnya lagi, Jakim komited untuk terus bekerjasama dengan FINAS dan agensi berkaitan melalui sesi libat urus serta perkongsian pandangan bersama
00:59pemain industri bagi memperkukuh kefahaman terhadap garis panduan dan memastikan penghasilan kandungan yang menghormati nilai agama serta kepentingan masyarakat.
01:08Sirajudin berkata, Jakim turut menyambut baik langkah yang diambil Kementerian Komunikasi menerusi FINAS dalam memperkukuh tata cara dan pematuhan berkaitan
01:17kandungan dalam industri film dan televisyen.
01:19Jakim bersama FINAS dan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini dilaporkan terlibat dalam pertemuan bersama pihak produksi dan
01:28platform penstriman berhubung kandungan sebuah drama yang mencetuskan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.
01:35Kandungan yang mula ditayangkan melalui satu platform penstriman pada bulan lepas didakwa menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama serta norma
01:45budaya tempatan.
Comments

Recommended