Skip to playerSkip to main content
  • 59 minutes ago
PLUS dan agensi berkaitan terus memantau kawasan cerun runtuh di KM263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Semua lorong telah dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan.
Transcript
00:00PLAS Malaysia Berhad bersama agensi berkaitan terus memantau keadaan cerun di kilometer 263.6 Leburaya Utara Selatan arah selatan susulan
00:09insiden tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat.
00:11Menurut Ketua Polis Pira Dato' Mama Alwi Zainal Abidin, pihak PLAS kini mendapatkan penilaian pakar terhadap keadaan lering bukit di
00:20kawasan terbabit bagi memastikan laluan itu selamat digunakan.
00:24Beliau berkata kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira 2 kilometer selepas teruang menora pada jam 4.30 petang ketika
00:31hujan lebat.
00:32Susulan kejadian itu lorong kiri Leburaya ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan manakala aliran trafik dialihkan ke lorong
00:41kanan.
00:43Tambah Muhammad Alwi tiada kemalangan jiwa, kecederaan atau keresakan harta benda dilaporkan akibat kejadian tersebut.
00:50Beliau memaklumkan kerja-kerja pembersihan telah selesai dan semua lorong dibuka semula kepada pengguna pada jam 7 malam.
00:58Pengguna Leburaya khususnya yang melalui terowong menora dan kawasan berbukit berhampiran dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan.
01:08Lembaga Leburaya Malaysia LLM sebelum ini memaklumkan kejadian cerun runtuh itu menyebabkan kesesakan trafik sehingga 15km sebelum keadaan beransu pulih
01:18selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilaksanakan.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended