00:00Warga polis Kuala Lumpur digesa memanfaatkan teknologi dan analitik data secara lebih menyeluruh bagi memastikan pasukan itu kekal berkesan dalam
00:09menangani bentuk jenayah yang semakin kompleks.
00:12Dua Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Fadil Marsus Perkembangan Teknologi dan Perubahan Corak Jenayah menuntut pendekatan baharu yang lebih proaktif
00:19dan berkesan.
00:20Beliau berkata warga polis perlu sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi semasa termasuk memanfaatkan analitik data dan perkongsian maklumat
00:31bagi meningkatkan keupayaan operasi.
00:34Menurut Fadil, setiap jabatan dan daerah di bawah kontijen Kuala Lumpur perlu terus menilai keberkesanan strategi sedia ada bagi memperkukuh
00:42usaha pencegahan dan peban terasan jenayah.
00:45Beliau menegaskan warga pasukan tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya harus sentiasa mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki kekurangan.
00:56Dalam masa sama aspek kepantasan, ketepatan, profesionalisme dan keberkesanan perlu menjadi teras dalam pelaksanaan tugas harian.
01:04Fadil turut menegaskan bahawa integriti, disiplin dan profesionalisme mesti sentiasa dipelihara bagi mengekalkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.
01:15Mengulas tahap keselamatan negara, beliau berkata Malaysia kini berada pada kedudukan yang baik di peringkat global apabila menduduki tangga ke
01:23-12 dalam Indeks Keamanan Global 2024 dan ke-57 dalam Indeks Keganasan Global 2024.
01:31Dalam masa sama, beliau turut menyeru warga polis Kuala Lumpur memperkukuh semangat kerja berpasukan dan sinergi antara jabatan bagi memastikan
01:39imej PDRM terus dihormati sama ada di dalam maupun di luar negara.
Comments