Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Dasar gaji perlu mengambil kira kuasa beli, peluang pekerja tempatan serta perubahan pasaran kerja susulan AI dan automasi.
Transcript
00:00Baik, dasar gaji negara perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya berdasarkan kadar gaji minimum dengan mengambil kira keupayaan pendapatan
00:09pekerja menampung kos kehidupan.
00:12Setiusaha Agung Universiti Malaysia Labor Center, Mohd Effendi Abdul Ghani berkata, keberkesanan dasar gaji perlu diukur berdasarkan perubahan sebenar yang
00:22dinikmati pekerja, termasuk baki pendapatan selepas menanggung perbelanjaan asas.
00:30Dari sudut pekerja ini, kita tak boleh nak tengok pengumuman sahaja. Kita nak tengok hasil akhirnya. Adakah pekerja benar-benar
00:38mendapat pendapatan yang lebih baik selepas bayar sewa rumah, makanannya, pengekuntannya, bilnya, keperluan anak.
00:46Soalannya masih ada baki atau tidak? Sebab itu akhirnya yang menentukan kita punya taraf hidup ini bukan angka gaji semata
00:55-mata tetapi kuasa beli sebenar pekerja itu.
00:59Dalam pada itu, kebergantungan terhadap tenaga kerja asing perlu dinilai semula bagi memastikan pekerja tempatan yang mempunyai kemahiran turut mendapat
01:08ruang dalam pasaran pekerjaan.
01:10Ketua Pegawai Ezekatif M Talent Training and Consultancy, Datuk Dr. Musa Ali berpendapat, kerajaan perlu menetapkan garis masa serta had
01:19penggunaan tenaga kerja asing mengikut bidang.
01:22Dalam konteks inilah, saya rasa kita dengan TVA, dengan IPTS, IPTA, kita banyak mengulakan graduan.
01:29Seharusnya kita ada dua perkara yang probably kerajaan boleh review. Satu ialah meletak satu timeline sampai bila kita nak bergantung
01:37dan satu lagi ialah percentage penggunaan dan juga bidang penggunaan.
01:42Perubahan pesat pasaran pekerjaan akibat kecerdasan buatan AI, otomasi dan ekonomi gig pula memerlukan pendekatan dasar gaji yang lebih dinamik
01:51dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
01:54Pensyarahkanan Pusat Pengajian Pengurusan Universiti Sains Malaysia, Dr. Nik Hadian Nik Azman berkata, struktur gaji tidak boleh menggunakan pendekatan yang
02:03sama bagi semua pekerja.
02:05Kita perlu berhenti melihat isu gaji ni secara one side fits all yang macam tu mention pada panel-panel lain
02:13tadi.
02:13Sebab pasaran pekerjaan ni berubah sangat pantas disebabkan AI, otomasi, gig ekonomi for example.
02:20Kita ada digitalization dan perubahan bentuk pasaran pekerjaan sekalipun.
02:25So kalau saya lihat dasar gaji perlu lebih responsif kepada sekurang-kurangnya empat perkara.
02:32Pertama, kos kehidupan. Kedua, produktiviti. Ketiga, kemahiran. Serta lokasi dan sektor pekerjaan tersebut.
02:41Pendekatan dasar gaji yang lebih holistik turut dilihat penting bagi memastikan peningkatan kemahiran dan produktiviti pekerja diterjemahkan kepada kemajuan gaji
02:51serta laluan kerjaya yang lebih baik.
Comments

Recommended