Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius dakwaan yang dibangkitkan dalam laporan syarikat kecerdasan buatan (AI), Anthropic yang mengatakan sudah menggagalkan satu operasi manipulasi pilihan raya komersial yang menyasarkan para pengundi terutamanya di Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, menafikan sebarang penglibatan dan memandang serius sedawaan yang dibangkitkan dalam laporan syarikat kecerdasan buatan
00:11AI, Entropic.
00:13Laporan itu mendakwa syarikat itu menggagalkan satu operasi manipulasi pilihan raya komersial yang menyasarkan para pengundi, terutama di Malaysia.
00:24MCMC dalam kenyataan pada Jumaat menjelaskan perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat badan itu.
00:34Jelas MCMC ia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan sebagaimana yang digambarkan dalam laporan tersebut.
00:41MCMC menjelaskan pihaknya kini meneliti laporan berkenaan dan akan mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak-pihak berkaitan bagi memastikan
00:50fakta sebenar serta memahami konteks isu dibangkitkan.
00:54Tambah kenyataan berdasarkan maklumat dan bukti diperoleh, MCMC akan menentukan tindakan susulan bersesuaian mengikut bidang kuasanya termasuk bekerjasama dengan pihak
01:04berkuasa berkaitan.
01:04Tambah MCMC usaha melindungi orang ramai dan menangani kemudaratan dalam talian kekal menjadi teras tanggungjawab badan itu.
01:12Malah entiti itu juga akan terus memelihara dan memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan dipercayai untuk rakyat Malaysia.
01:20Lapor Amanz menurut laporan risikan ancaman entropik yang diterbitkan pada Khamis, model AI Cloud miliknya digunakan untuk menyasarkan pengundi menggunakan
01:29profil kawasan pilihan raya yang dibina berdasarkan bancian sebenar dan data pengundi.
01:35Antara yang disebut dalam laporan ialah lebih seribu akaun palsu digunakan untuk menyebarkan maklumat yang dilihat untuk berkempen menyokong pihak
01:43tertentu DX, sementara laman web Malaysian Pulse diwujudkan dengan semua kandungan ditulis menggunakan AI.
Comments

Recommended