Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Prosiding pendakwaan dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh berikutan Zulkarnain sedang menerima rawatan di hospital itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pemandu lori didakwa pada Jumaat atas empat pertuduhan
00:04membunuh empat individu dalam kemalangan pada 31 Agustus lalu.
00:08Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Zulkarnain Madnoh,
00:1352 tahun kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:19Proseding pendakwaan dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temeloh,
00:24berikutan Zulkarnain sedang menerima rawatan di hospital itu.
00:28Berdasarkan kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Magistret Nur Fakiza Abu Bakar,
00:34tertuduh didakwa menyebabkan kematian Muhammad Nazatullah Nazmi,
00:37Nur Atikah Sofya Muhammad Kazwan, Muhammad Arman Nazif Muhammad Nazatullah dan Siau Beng Wai.
00:45Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira 10.30 malam, 31 Agustus lepas,
00:50di kilometer 110.3, Lebuh Raya Pantai Timur LPT, arah timur.
00:55Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:00Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa Raya Najimi Arif Nasaruddin dan Anis Shakila Zawawi,
01:06manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
01:09Nur Fakiza menetapkan 12 November ini bagi serahan dokumen dan sebutan semula kes.
01:14Pada 1 September lalu, empat individu maut selepas lori tangki muatan simen dipercayai hilang kawalan
01:21sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di lokasi kejadian.
Comments

Recommended