00:00Baik, kelaporan antarabangsa. Sekurang-kurangnya 25 maut dalam kebakaran sebuah kapal kargo asing yang sedang menjalani kerja pembaikan di sebuah
00:08limbungan kapal di Qingdao, timur China pada Khamis.
00:12Menurut media rasmi Xinhua, kebakaran tercetus kira-kira jam 11.15 pagi waktu tempatan di limbungan kapal Qingdao, Beihai ketika
00:22kerja pembaikan dan pemeriksaan sedang dijalankan.
00:28Daripada 42 individu yang berada di atas kapal, 12 berjaya diselamatkan manakala 5 lagi cedera dan dibawa ke hospital untuk
00:36rawatan.
00:37Kapal terbabit dikenalpasti sebagai Ocean Melody, sebuah kapal pengangkut pukal kering berusia 20 tahun yang berdaftar di Liberia.
00:45Data penjejakan kapal LSEG menunjukkan Ocean Melody tiba di limbungan berkenaan pada 31 Ogos dan kekal berada di lokasi itu
00:55sehingga insiden berlaku.
00:57Presiden China Xi Jinping mengarahkan usaha mencari dan menyelamat dipertingkatkan selain siasatan segera dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian serta memastikan
01:08pihak bertanggungjawab diambil tindakan.
01:10Limbungan Kingdao Beihai dikawal oleh syarikat milik kerajaan China State Shipbuilding Corporation CSSC yang merupakan antara pembina kapal terbesar dunia.
Comments