Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kejadian cerun runtuh di Kilometer 263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh menyebabkan kesesakan trafik sejauh 15 kilometer petang tadi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kejadian cerun runtuh di kilometer 263.6 Lebuh Raya Utara Selatan
00:06arah selatan dari Terong Menora ke Ipoh
00:08menyebabkan kesesakan trafik sejauh 15 kilometer petang Jumaat.
00:13Menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia, LLM,
00:16kejadian yang dilaporkan pada 4.28 minit petang itu
00:19menyebabkan lorong kiri terhalang dan kesesakan trafik sejauh 4 kilometer
00:24pada peringkat awal.
00:26Bagaimanapun, susulan itu kesesakan meningkat sehingga 15 kilometer
00:30susulan kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di lokasi.
00:34Semua lorong hanya dibuka semula sepenuhnya kepada trafik pada pukul 6.56 minit petang.
00:41LLM turut menasihatkan pengguna Lebuh Raya supaya berhati-hati
00:45ketika melalui kawasan berkenaan, terutama dalam keadaan cuaca hujan.
Comments

Recommended