00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN sedang meneliti keperluan mewujudkan perundangan khusus bagi menangani kegiatan penjualan semula tiket.
00:11Timbalan Menteri KPDN, Datuk Fuziah Saleh berkata, langkah itu penting bagi memendung aktiviti individu yang membeli tiket dalam kuantiti besar
00:18untuk dijual semula pada harga jauh lebih tinggi.
00:24Usaha itu dilaksanakan bersama Kementerian Komunikasi dan Agensi Berkaitan bagi melindungi pengguna daripada pembelian tiket pada harga melampau dan risiko
00:34penipuan.
00:35Menurut beliau, ada pihak yang menggunakan bot automatik untuk mendapat tiket dengan pantas sebelum menawarkannya semula kepada orang ramai.
00:44Aktiviti itu bukan sahaja membebankan pengguna malah meningkatkan risiko penipuan dalam kalangan pembeli.
00:51Fuziah berkata, orang ramai yang teruja untuk mendapatkan tiket Formula One Sepang 2026 perlu berhati-hati ketika membuat pembelian.
00:59Beliau mengingatkan pembelian daripada penjual tidak rasmi boleh menyebabkan pengguna menerima tiket palsu, tiket yang sudah digunakan atau tiket yang
01:08telah dibatalkan.
01:10Pengguna disaran menyemak saluran jualan rasmi, harga asal tiket, identiti penjual serta termadan syarat yang ditetapkan penganjur.
Comments