Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Ahli Parlimen Indonesia yang juga Wakil Ketua Komisi I Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Dave Laksono menjelaskan tawaran bantuan daripada Malaysia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah wajar disambut secara positif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik Ahli Parlimen Indonesia, Dave Laksono, tegaskan
00:03tiada alasan untuk Republik itu berasa malu menerima bantuan dari Malaysia
00:08bagi menangani kebakaran hutan dan tanah.
00:11Memetik laporan Kompas, Dave menjelaskan
00:14tawaran bantuan daripada Malaysia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah
00:18wajar disambut secara positif.
00:23Katanya tiada alasan untuk melihat bantuan dari negara sahabat sebagai persoalan maruah.
00:28Menurut Dave, dalam situasi bencana, perkara utama adalah memastikan kebakaran segera dikawal
00:34dan kesannya terhadap masyarakat, termasuk gangguan penerbangan akibat jerebu, dapat diminimumkan.
00:41Ujah beliau, Indonesia mempunyai keupayaan dan sumber sendiri
00:44namun sokongan yang dapat mengukuhkan usaha pengendalian di lapangan
00:48boleh diterima selagi bersesuaian dengan keperluan.
00:52Dave berkata kerjasama seperti itu juga bukan perkara baharu kerana ia sudah dibincangkan
00:56dalam pertemuan dua hala antara Menteri Sumber Asli dan Kelas Tadian Alam
00:59Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan Menteri Lingkungan Hidup Indonesia
01:03Muhammad Jumhur Hidayat di Bali pada 8 Julai
01:06serta menerusi perbualan telefon pada 24 Ogos lalu.
01:10Lebih lanjut, Dave menegaskan bantuan itu merupakan
01:12sebahagian daripada hubungan baik negara jiran.
01:15Pada Rabu, Malaysia menyatakan kesediaan menghulurkan bantuan
01:18sekiranya diperlukan Indonesia
01:20bagi menangani kebakaran hutan dan tanah
01:22serta mengurangkan risiko jerebu rentas sempadan.
01:25Susulan itu, Indonesia melalui Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB
01:29akan berkoordinasi dengan Kementerian Luar Republik itu
01:32dan agensi berkaitan bagi membincangkan tindakan susulan
01:35terhadap tawaran Malaysia itu.
Comments

Recommended