00:00Hutang projek kereta pilaju Jakarta-Bandong KCJB atau WUSH telah distruktur semula dengan tempoh pembayaran sehingga 80 tahun.
00:11Menteri Kewangan Indonesia Purbaya Yudi Sadewa berkata,
00:15meskipun jumlah keseluruhan hutang projek itu besar, ansuran tahunan selepas penstrukturan semula adalah sekitar RM1 triliun atau bersamaan RM231 juta
00:26atau sedikit lebih rendah.
00:30Menurutnya jumlah bayaran itu tidak sama setiap tahun dengan sesetengah tahun mencatatkan komitmen lebih tinggi atau lebih rendah.
00:38Purbaya berkata tumpuan kerajaan kini adalah terhadap kemampuan memenuhi kewajipan pembayaran tahunan.
00:46Kerajaan Indonesia turut mempertimbangkan penggunaan Special Mission Vehicle SMV di bawah Kementerian Keuangan atau Indonesia Investment Authority INA bagi menguruskan
00:57kewajipan tersebut.
00:58Proses pengalihan pengurusan kewajipan WUSH daripada Badan Pengelola Investasi Daya Anagata Nusantara BPI Danantara kepada Kementerian Keuangan dijadualkan pada 15
01:11September.
01:11Purbaya berkata berdasarkan pengiraannya dana untuk memenuhi kewajipan itu mencukupi dan beban tahunan berkenaan masih mampu ditangani.
01:21Beliau turut menyatakan entiti yang bakal menguruskan kewajipan tersebut tidak semestinya memerlukan pelabur baharu atau suntikan model tambahan.
Comments