00:00Iran mendakwa telah menyasarkan sebuah kapal pemantau tanpa pemandu milik Amerika Syarikat di Selat Hormuz.
00:06Menurut pengawal Revolusi Islam Iran IRGC, kapal yang didakwa diserang itu dikenali sebagai sil drone dengan nombor badan 5838.
00:16Iran bagaimanapun tidak mendedahkan jenis senjata yang digunakan atau tahap kerosakan yang dialami oleh kapal tersebut.
00:23IRGC turut menegaskan bahawa Selat Hormuz masih ditutup dan berada di bawah kawalan serta pemantauan pihaknya.
00:30Mereka memberi amaran bahawa sebarang pergerakan yang dianggap bermusuhan akan menjadi sasaran.
00:35Sehingga kini, tentera Amerika Syarikat belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
00:41Insiden itu berlaku di tengah ketegangan yang berterusan antara Washington dan Teheran melibatkan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz dan Tel
00:49-Oman.
Comments