Skip to playerSkip to main content
  • 24 minutes ago
CENTCOM memaklumkan lebih 50 kapal bantuan kemanusiaan dibenarkan melepasi sekatan laut terhadap pelabuhan Iran.
Transcript
00:00Tentera Amerika Syarikat memaksa 96 kapal komersial mengubah haluan di rantau teluk ketika melaksanakan sekatan terhadap pelabuhan Iran.
00:09Menurut hantaran Komander Pusat Amerika Syarikat Sancom, sebuah helikopter MH-60RC Hawk milik tentera laut dilancarkan dari dek kapal pemusnah
00:18USS Rafael Peralta sebagai sebahagian operasi berkenaan.
00:22Sancom terus memaklumkan lebih 50 kapal yang membawa bantuan kemanusiaan dibenarkan melepasi sekatan itu.
00:30Selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu, Teheran menghadkan laluan menerusi selat hormus.
00:38Tentera Amerika Syarikat pula mengenakan sekatan laut terhadap kapal yang menuju ke atau berlepas dari pelabuhan serta kawasan persisi Iran.
Comments

Recommended