00:00Seramai 6,846 bekas penghuni penjara atau prospek ditawarkan pekerjaan menerusi program peluang kedua yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso
00:12sejak 2020.
00:14Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato' Kairul Firdaus Akbar Han berkata pencapaian itu membuktikan keberkesanan usaha membantu prospek kembali membina kehidupan
00:24melalui penempatan pekerjaan.
00:28Inisiatif itu turut membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing terutamanya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.
00:38Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia bagi suku kedua 2026, seramai 2.13 juta pekerja atau 12.7% daripada jumlah
00:48tenaga kerja negara terdiri daripada pekerja asing.
00:51Kairul Firdaus berkata data My Future Jobs sehingga 21 Ogos lalu menunjukkan terdapat lebih 57,000 kekosongan pekerjaan dalam sektor
01:01pembuatan.
01:02Sektor pembinaan pula mencatatkan hampir 20,000 kekosongan jawatan manakala lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam sektor pertanian.
01:10Beliau turut menggesa majikan yang bergantung kepada pekerja asing agar memberikan peluang kepada prospek untuk mengisi jawatan yang bersesuaian.
01:20Menurutnya, kejayaan agenda peluang kedua memerlukan komitmen semua pihak termasuk kerajaan, majikan dan masyarakat bagi memastikan prospek dapat diterima semula
01:30sebagai sebahagian daripada komuniti.
01:32Kairul Firdaus
Comments