Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Walaupun tempoh lebih singkat, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata perubahan itu tidak memberikan kesan ketara terhadap pengembara rakyat Malaysia, memandangkan purata tempoh tinggal mereka di negara itu hanya kira-kira 4.3 hari.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Thailand bakal memendekkan tempoh tinggal tanpa visa bagi pemegang pasport Malaysia dari 60 hari kepada 30 hari.
00:08Langkah itu berkuat kuasa 15 September di bawah peraturan kemasukan di Semak Semula yang turut melibatkan puluhan negara dan wilayah.
00:19Walaupun tempoh lebih singkat, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata,
00:24perubahan itu tidak memberikan kesan ketara terhadap pengembara rakyat Malaysia, pemandangkan purata tempoh tinggal mereka di negara itu hanya kira
00:33-kira 4.3 hari.
00:35Memetik kajian 2025 oleh Globe Black Securities, beliau berkata kira-kira 70% pelancong Malaysia tertumpu di wilayah selatan.
00:44Bagaimanapun beliau menasihati rakyat Malaysia supaya mengambil perhatian terhadap peraturan kemasukan baharu itu, khususnya bagi mereka yang berancang untuk tinggal
00:52melebihi 30 hari.
00:54Beliau menasihati pelancong yang berhasrat untuk tinggal di Thailand lebih 30 hari supaya mendapatkan e-visa yang sesuai melalui kedutaan
01:03di Raja Thailand di Malaysia sebelum berlepas
01:05untuk mengelakkan sebarang salah faham atau kesulitan semasa tiba di Thailand.
01:10Pada 31 Ogos, Thailand mengumumkan dasar bebas visa baharu yang lebih pendek untuk 60 negara dan wilayah termasuk Malaysia
01:18sambil turut memperkenalkan kategori pengecualian 15 hari yang baharu untuk negara terpilih dan menyusun semula senarai visa semasa ketibaan.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended