00:00Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, AADK, mencadangkan agar ujian air kencing secara rawak ke atas juruterbang dan kru penerbangan dilaksanakan sekurang
00:09-kurangnya sekali sebulan.
00:11Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusof berkata cadangan itu akan dibincangkan menerusi kerjasama yang lebih erat antara AADK dan Malaysia
00:19Aviation Group atau MAG.
00:23Menurut beliau, kedua-dua pihak dijangka memeterai Memorandum Persefahaman bulan depan bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek pencegahan dan saringan dadah.
00:32Pihaknya mencadangkan agar ujian air kencing secara rawak ditingkatkan kepada sebulan sekali atau lebih kerap jika perlu bagi kes-kes
00:40tertentu.
00:42Cadangan itu bukan sahaja melibatkan juruterbang tetapi merangkumi kru kabin serta kru penerbangan lain.
00:48Mengenai saringan yang sedang dijalankan terhadap juruterbang, Ruslin berkata proses itu dijangka selesai pada 15 September ini.
00:57Setakat ini, semua juruterbang yang telah menjalani saringan didapati negatif dadah.
01:03Lebih seribu juruterbang terlibat dalam proses saringan tersebut.
Comments