Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Berton Panjaitan berkata langkah itu termasuk persediaan untuk pelan kontingensi tsunami di Lampung Selatan, di bahagian Selat Sunda di sebelah Sumatera, yang memisahkan pulau itu dengan Jawa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa Indonesia sedang memperkukuh kesiapsiagaan tsunami di kawasan pantai wilayah Lampung di sepanjang Selat Sunda menghadap anak Krakatau.
00:10Langkah berkenaan menyusul ketika gunung berapi itu kini berada pada tahap amaran tiga iaitu peringkat berjaga-jaga kedua tertinggi.
00:21Pemangku Ketua Pusat Data Maklumat dan Komunikasi Badan Pengurusan Bencana Negara BNPB Berton Panjaitan berkata langkah itu termasuk persediaan untuk
00:30pelan kontingensi tsunami di Lampung Selatan di bahagian Selat Sunda di sebelah Sumatera yang memisahkan pulau itu dengan Kepulauan Jawa.
00:38Katanya kerajaan wilayah Lampung telah mengarahkan agensi pengurusan bencana di seluruh wilayah untuk memastikan laluan pemindahan disediakan dan siren amaran
00:48awal tsunami berfungsi dengan baik.
00:51Berton berkata pasukan BNPB juga telah memeriksa laluan pemindahan, tempat perhimpunan dan sistem amaran awal tsunami di komuniti pantai di
01:00Lampung Selatan serta berkoordinasi dengan pos pemerhatian anak Krakatau.
01:05Gunung berapi itu kekal pada tahap tiga iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat Indonesia dengan pihak berkuasa
01:13mengekalkan zon pengecualian 3km di sekitar kawah aktifnya.
Comments

Recommended