Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menasihatkan rakyat Malaysia menyemak status penerbangan sebelum ke Indonesia susulan pelarasan jadual penerbangan selepas gangguan akibat aktiviti gunung berapi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke Indonesia khususnya melalui lapangan terbang antarabangsa Siokarno-Hatta
00:06dinasihatkan merancang dan menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing dari semasa ke semasa.
00:14Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan walaupun pintu masuk udara utama Indonesia itu kembali beroperasi sejak 8 September lepas,
00:22syarikat penerbangan dilaporkan masih membuat penyesuaian terhadap jadual penerbangan dan penumpang khususnya penerbangan keluar dari Jakarta.
00:31Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus memantau situasi rakyat Malaysia yang telah melaporkan diri sebagai terkandas pada 6 dan 7
00:39September lepas susulan gangguan penerbangan.
00:43Kenyataan itu menambah sebahagian daripada mereka memaklumkan telah selamat kembali ke Malaysia.
00:48Lapangan terbang-terbang sesuai Karno-Hatta dan 7 lagi lapangan terbang yang ditutup sementara sejak ahad lepas,
00:55susulan ancaman debu abu gunung berapi Anak Krakatau telah dibuka semula pada petang Isnen.
01:01Menurut kedutaan itu, aktiviti gunung Anak Krakatau di wilayah Lampung masih berada pada tahap 3,
01:06iaitu paras kedua tertinggi dalam sistem amaran gunung berapi 4 peringkat di Indonesia dengan aktiviti letusan masih direkodkan pihak berkuasa
01:15pada Khamis.
01:16Antara gunung berapi lain yang turut dilaporkan aktif ketika ini ialah Gunung Ilay Lewatolok di Nusa Tenggara Timur,
01:23Gunung Ibu di Maluku Utara serta Gunung Semeru di Jawa Timur.
01:27Bagi sebarang bantuan konsuler, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan besar Malaysia di Jakarta di talian tetap 62-2152-4947-4948
01:39atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 62-813-8081-3036.
Comments

Recommended