Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Hannah Yeoh tidak mengulas sama ada permohonan melibatkan Najib Razak akan dibincangkan. Mesyuarat turut disertai Peguam Negara dan anggota yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan di jadual bermesyuarat hari ini dengan agenda utamanya tidak didedahkan.
00:07Antara lain, mesyuarat bermula pada 8.30 pagi itu akan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanah
00:14Yoh,
00:15Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokta, serta tiga ahli yang dilantik yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
00:23Ditemui selepas melancarkan Pusat Kawalan Pertahanan Awam Kuala Lumpur sebelum ini,
00:27Hanah bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada lembaga berkenaan akan membincangkan sebarang permohonan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri
00:37Najib Razak.
00:38Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap wilayah Persekutuan, Hanah merupakan anggota lembaga berkenaan bersama Peguam Negara dan tiga lagi anggota yang
00:47dilantik oleh yang di-Pertuan Agong.
00:50Sebelum ini dilaporkan permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah dijangka menjadi antara perkara yang dibangkitkan dalam
00:58mesyuarat itu.
00:59Bagaimanapun masih belum jelas sama ada mesyuarat berkenaan akan menghasilkan keputusan atau sekadar membincangkan perkara tersebut.
01:06Najib sebelum ini disahabitkan kesalahan menyalahgunakan RM42 juta milik SRC International dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210
01:18juta.
01:19Beliau mula menjalani hukuman di penjara kajang pada 23 Ogos 2022.
01:26Lembaga pengampunan kemudiannya mengurangkan separuh hukuman penjara beliau kepada 6 tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
01:36Pada 22 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Vazir Alam Maidin Mirah menolak permohonan Najib untuk menjalani baki
01:45hukuman yang dikurangkan itu di bawah tahanan rumah.
01:47Najib kemudiannya menarik balik rayuannya terhadap keputusan berkenaan.
Comments

Recommended